Penyatuan semula China

Penyatuan semula China, lebih tepat lagi "Penyatuan semula antara selat" (Cross-strait (re)unification), ialah suatu konsep iredentis China Raya yang berhasrat menyatukan Republik Rakyat China dan Taiwan kepada suatu negara berdaulat. Konsep ini dibangunkan pada tahun 1970-an sebagai salah satu strategi Parti Komunis China demi mendekati "isu [berkaitan] Taiwan" apabila China mula menjalinkan hubungan diplomatik bersama beberapa negara asing termasuk Amerika Syarikat[1] dan Jepun.[2]

  1. ^ "U.S.-China Relations". Council on Foreign Relations (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 November 2017.
  2. ^ Tao, Xie. "The Politics of History in China-Japan Relations". The Diplomat (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 November 2017.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy